Sunday, December 9, 2018



Beberapa hari lalu tular di laman media sosial melalui perkongsian sebuah Klinik berkongsi pengalaman detik cemas apabila seorang bayi terpaksa membuat pembedahan jari sebaik menyedari ia bertukar hitam.
Melalui perkongsian, bayi dijemput daripada pengasuh lengkap berpakaian baju tidur berserta sarung tangan. Namun, keesokan pagi semasa ingin dimandikan, pasangan ibu bapa kepada bayi tersebut terkejut melihat jari anak mereka bertukar menjadi hitam pekat.
Susulan daripada kejadian ini, Bel Nawhen, seorang pembantu perubatan melalui laman Facebook miliknya berkongsi langkah-langkah keselamatan yang patut dititikberatkan untuk ibu bapa sebaik mengambil anak daripada pusat penjagaan.
Keadaan ‘jari terbelit’ ini dipanggil sebagai ‘Hair Tourniquet Syndrome’ dimana keadaan rambut atau benang diikat di sekitar kaki. Bahagian yang terjejas tidak lagi dapat menerima bekalan darah yang mencukupi melalui arteri, dan juga darah tidak boleh disalurkan melalui pembuluh darah . Oleh itu, kaki akan membengkak dan menjadi biru, menandakan iskemia.
Pakai Stoking Sampai Jari Kaki Jadi HITAM!!
Bayi itu dibawa ke hospital kerana jarinya telah bertukar ke warna hitam gara-gara terjerut/terlilit benang stoking.
Bayi itu asalnya dihantar ke rumah pengasuh dan diambil pada sebelah petang. Keadaan anak tidak diperiksa, keesokan harinya masa mahu mandikan anak baru perasaan keadaan jari si anak.
Apa lagi, bawalah ke hospital untuk rawatan.
Sebab tu bila kita cakap tidak ada keperluan nak pakai stocking, ramai yang marah sebab katanya boleh masuk angin, sedangkan angin mana masuk ikut kaki.
Kita pakaikan stocking untuk kekalkan suhu badan bayi ke keadaan suam atau suhu bilik supaya tak berlaku hypothermia seperti negara luar. Negara kita ni suhu dia panas dan lembab sepanjang musim, buat apa nak pakai stocking melainkan tengah musim tengkujuh.

Saya tidak boleh salahkan si pengasuh kerana memakaikan stocking sebab jika tidak dibekalkan, maka tidaklah dipakaikan.
Nak salahkan ibu bapa pun tidak boleh juga, ada masa kita memang tak perasan perkara kecil sebegini.
Sebab itu sebagai ibu bapa, lepas ambil anak:
  1. Sesekali periksa keadaan si anak.
  2. Periksa kulit persekitaran.
  3. Buka buka stocking dan mitten si anak sesekali dan periksa jari-jari kaki dan tangannya.
  4. Pilih material sesuai untuk stocking si anak.
  5. Jika sudah berbulu atau benang keluar sana sini, buang sahaja.
  6. Jika kuku anak panjang, potongkan sebab kuku tu boleh mencarik benang stoking dan boleh sebabkan jadi perkara seperti ini.
  7. Rambut yang panjang pun boleh jadi punca terbelit rambut kat jari kaki dan tangan si anak. Ada rambut bersepah tu, buang elok-elok.
  8. Pastikan tempat tidur si anak selamat dari benda-benda boleh menjerut jari kaki dan tangannya.
Gambar saya sertakan disini merupakan kejadian ‘hair tourniquet’ bersumber asal google. Jari kaki bayi itu seperti ini, cuma berwarna hitam.
Sumber: Bel Nawhen via sayaphitam.com

Monday, December 3, 2018


KUALA LUMPUR: Cendol merupakan satu makanan atau pencuci mulut yang sangat enak dinikmati pada musim panas.

Rasanya yang manis dan sejuk memberikan kenikmatan yang tidak terhingga.

Tapi dari manakah asalnya cendol.


Di Malaysia terdapat pelbagai jenis cendol antaranya ialah Cendol Kacang Merah, Cendol Durian, Cendol Pulut dan Cendol Sawit.

 Cendol kacang merah antara cendol yang paling istimewa kerana rasanya yang unik.
Cendol kacang merah antara cendol yang paling istimewa kerana rasanya yang unik.


Portal CNN baru-baru ini melaporkan dalam satu artikelnya 50 of the world's best desserts dengan menyatakan Cendol yang sedap berasal dari Singapura.

Menurut CNN, tambahan kacang merah membuatkan rasa cendol di Singapura lebih klasik dan sedap.

Namun susulan laporan CNN itu, rata-rata rakyat Malaysia 'mempertikaikan' perkara itu dan ini merupakan reaksi yang diberikan berhubung isu terbabit melalui Twitter dan Facebook Astro AWANI.

Menurut @dyeanadia11 di twitter, CNN tidak pernah merasai cendol yang terbaik di Malaysia


Mesti pemberita tu xpenah cendol sedap kat Malaysia... kalau dia da rasa sure dia tarik balik kenyataan tu..
Kesian dia.. pity u CNN.. x habis explore lagi tu..meh datang Malaysia meh😅😅

See Dallia Valqish's other Tweets
@IzzatPelukis pula menyatakan bahawa cendol yang sedap adalah yang dibuat oleh semua ibu.

@jaigiee pula berpendapat tidak kisah dari mana asal usul cendol itu, yang pasti Malaysia mempunyai pelbagai jenis makanan.


cendol tu berasal dari mana pon biar la kat cendol tu,, yg penting org taw malaysia ni ada perbagai j3nis makanan,,😎😎😎

See jai arhen's other Tweets
Di Facebook pula, Carl Ryan Bravely BL menyatakan CNN hanya melaporkan mengikut penilaian mereka sahaja dan tiada kena mengena dengan asal usul datangnya cendol itu.




Kredit: astroawani

Saturday, December 1, 2018


Sekarang, sering kali kita mendengar kemalangan mahupun nahas yang melibatkan kapal terbang sehingga menyebabkan kehilangan banyak nyawa. Terkini, dilaporkan enam penumpang cedera apabila tayar sebuah pesawat Vietjet Airbus yang baru sampai tercabut ketika ia melakukan pendaratan cemas di tengah Vietnam.

Pesawat itu hilang tayar depan ketika melakukan pendaratan di Buon Ma Thuot dari Ho Chi Minh City, menurut Kementerian Pengangkutan.


Penerbangan itu berhadapan kejadian serius ketika mendarat, iaitu dua tayar depannya hilang, menurut laporan yang dilihat AFP ditulis kementerian kepada Perdana Menteri.

Imej yang disiarkan penerbitan industri itu, FlightGlobal menunjukkan tayar depan tercabut dan gelungsur kecemasan dikeluarkan.

Pesawat terbabit membawa seramai 207 penumpang penerbangan itu selamat dipindahkan tetapi enam daripada mereka dimasukkan ke hospital kerana mengalami kecederaan ringan, kata Pihak Berkuasa Penerbangan Sivil Vietnam.


Kredit: Ohmedia

Tuesday, December 12, 2017


KUALA LUMPUR – Sebagai tanda perpaduan dengan rakyat Palestin, Masjid Wilayah Persekutuan dengan rasminya diiktiraf sebagai “masjid angkat” Masjidil Aqsa di Palestin – lokasi ketiga paling suci dalam Islam.
Langkah itu menyusuli tindakan Amerika Syarikat (AS) mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel pada minggu lalu, lapor laman New Straits Times (NST).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata inisiatif itu menekankan sokongan yang diperlukan oleh rakyat Palestin daripada umat Muslim, untuk menolak perisytiharan Presiden Donald Trump ke atas Baitulmaqdis pada 6 Disember.
“Pengumuman yang dibuat oleh Trump itu menyalahi dan melanggar undang-undang antarabangsa.
“Kami pada awalnya mahu mengumumkan Masjid Wilayah sebagai masjid kembar kepada Masjidil Aqsa namun memandangkan kedudukannya begitu tinggi berbanding masjid kita, kami menamakan Masjid Wilayah sebagai masjid sokongan kepada masjid ketiga paling suci dalam Islam,” kata beliau.
Berucap kepada para wartawan semasa Forum Antarabangsa MyAqsa berhubung Perisytiharan Balfour yang ke-100 tahun,Jamil Khir berkata pengiktirafan Masjid Wilayah sebagai masjid kembar kepada Masjidil Aqsa akan menarik perhatian kepada perlunya mencapai keadilan bagi penduduk Palestin.
Beliau berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga menghadiri beberapa sesi antarabangsa untuk menekankan suara-suara rakyat Malaysia dan masyarakat Islam dalam memastikan keputusan Trump ditolak bulat-bulat.
“Masjid yang kami sokong ini memerlukan bantuan kita sekarang.
“Jika kita boleh bercakap tentang Rohingya, rakyat Syria, Libya, Yaman dan Mesir, apa lagi masjid ketiga paling suci dalam Islam?
“Saya berharap dengan forum-forum seperti ini, kesedaran mengenai isu ini tersebar (luas) dan kami boleh terus bersatu untuk mencapai kebebasan bagi Masjidil Aqsa dan Baitulmaqdis,” tambah Jamil Khir.
Dalam satu jawapan bertulis kepada MyAqsa, Ketua Imam Masjidil Aqsa, Sheikh Dr Ekrima Said Sabri berkata beliau mengalu-alukan keputusan untuk mengiktiraf Masjid Wilayah sebagai masjid yang menyokong Masjidil Aqsa.
“Saya menghargai dan berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang begitu prihatin,” kata beliau. – Agensi

Monday, December 11, 2017



Tidak dapat dibayangkan bagaimana pada zaman serba moden ini, masih ada lagi yang tergamak melakukan perlakuan seperti seorang remaja perempuan di Padang Sidempuan, Medan, Indonesia baru-baru ini.

Mungkin sudah hilang kewarasannya, remaja itu tergamak merebus mayat anak yang baru dilahirkannya.
Malah, dia nekad menjadikan mayat bayi berkenaan sebagai santapan buat anjing peliharaan jirannya.
Seorang saksi yang dikenali sebagai Ardi mendakwa terlihat anjing berkenaan menggonggong mayat tersebut ke hadapan rumah tuannya.
“Saya sangka anjing itu mencuri dan memakan ayam rebus, tapi selepas lihat lebih dekat rupanya ia bukan ayam,” kata Ardi dipetik sebuah portal.
Ardi kemudiannya bertindak mengambil mayat bayi berkenaan sebelum menelefon pihak polis.
Menurut kedua-dua ibu bapa remaja berusia 14 tahun itu, selama ini mereka tidak mengetahui yang anak perempuannya itu sedang hamil.
Walaupun mereka menetap di rumah yang sama, remaja berkenaan dikatakan sering berkurung seorang diri dalam biliknya apabila pulang ke rumah selepas sesi persekolahan tamat.
Dalam pada itu, pihak polis masih melakukan sisatan dan mendapati remaja berkenaan merupakan suspek utama mengikut bukti yang didapati.
Berdasarkan siasatan yang dilakukan pihak polis, seorang remaja lelaki yang dipercayai bapa kepada bayi malang berkenaan berjaya ditahan pagi tadi.
Dilaporkan kedua-dua remaja berkenaan telah menjalin hubungan cinta sejak dua tahun lalu.
Remaja perempuan berkenaan itu turut mengakui mereka sering melakukan hubungan seks selepas pulang dari sekolah. – MYNEWSHUB.CC


PELAKON Niena Baharun, 24, ngeri melihat wajahnya dipenuhi jerawat sejak sebulan lalu, ketika
menjalani penggambaran drama Misi Dania Cun.
Niena atau Amaniena Kamarul Baharun berkata, disebabkan masalah itu dia malu dan hilang keyakinan diri untuk berjumpa orang.
"Ini pertama kali saya terkena masalah jerawat. Sebelum ini kalau menjalani penggambaran dalam tempoh panjang sekali pun, baik saja.
"Saya sudah buat rawatan dan makan makanan tambahan tetapi masih sama. Cuma untuk sementara, saya hanya berjumpa doktor dan diberi ubat.
"Sampai sekarang saya hilang keyakinan diri dan malu keluar rumah. Kalau keluar pun, saya tutup muka,” katanya kepada Harian Metro.
Niena yang juga pelakon drama Sayangku Kapten Mukhriz menafikan masalah itu berpunca daripada perbuatan mistik.
“Saya tak rasa ini perbuatan dengki. Mungkin disebabkan faktor cuaca panas dan mekap berterusan membuatkan jerawat cepat naik.
"Rakan ada juga mencadangkan saya ambil produk kecantikan tetapi saya takut. Bimbang kalau jerawat makin bertambah," katanya.

Lelaki berusia 50 tahun dirakam menendang anaknya di sebuah kaki lima. Rakaman menunjykkan dia mengheret anaknya dengan kasar

SEORANG bapa ditahan polis selepas rakaman video yang menunjukkan dia menendang anak kecilnya menjadi tular di laman sosial.
Menerusi rakaman itu, lelaki berusia 50 tahun terbabit dilihat menendang anaknya yang tidak dapat berdiri di atas salji tebal dalam kejadian di sebuah kaki lima di Bishkek, Kyrgyzstan.
Kanak-kanak terbabit berusaha untuk bangun namun gagal sebelum disepak di bahagian pinggul oleh bapanya.
Lelaki itu kemudian mengheret anaknya dengan kasar dan memaksa kanak-kanak terbabit berjalan namun dia sukar mengimbangi badan apabila kelihatan seperti mengalami kecederaan.
Sebelum video itu dirakam, beberapa saksi memberitahu kanak-kanak itu mengamuk.

Sumber: Hmetro